Apa itu bahasa badan?
93% daripada mesej yg cuba disampaikan dalam komunikasi adalah bukan verbal.Banyak kata-kata yang selalu diucapkan orang selalu tidak mengambarkan apa yg ada di dalam hatinya.
kajian daripada Albert Mehrabian,apabila berlaku komunikasi 60%-70% yg terlihat ialah terhasil daripasa bahasa badan dan ia amat mempengaruhi kehidupan manusia dan merangkumi semua peringkat lapisan.Bahasa badan boleh menjelaskan sesuatu aksi atau mengisyaratkan sesuatu makna atau pertunjuk kepada lawanya.Bahasa badan boleh menterjemahkan sikap seseorang sewaktu berkomunikasi sama ada seseorang itu di dalam mood yg bagus,agresif,memerlukan perhatian daripada seseorang,relaks,bersedia,bosan,memahami arahan dan sebagainya.Bahasa badan boleh membantu utk mempengaruhi orang lain supaya mempercayai kita! Menguasai dan memeiliki kemahiran bahasa badan dapat membantu seseorang melakukan perubahan besar dalam aktiviti,terutamanya dalam bidang seni.
Tapi ingat! Bahasa badan boleh menjadikan seseorang itu seorang pelakon tidak popular dan kita mungkin menjadi seorang yg suka berpura-pura! Antaranya :
1. Berpeluk tubuh/menyilangkan kaki ketika bercakap : Perlakuan ini boleh mnyebabkan kita dianggap seorang yg sombong,keras hati,tidak boleh diajak berunding,defensif/berfikiran tertutup.
2. Bertentang mata dan bukanya merenung : Ketika berkomunikasi biar mata bertemu mata dan bermuka manis kerana mata adalah alat komunikasi yg sangat penting.Mereka yg bertentang mata ketika bercakap akan mewujudkan satu perhubungan dan rasa yang tenang dgn situasi waktu itu.Orang yg berhadapan dengan kita akan dapat merasai bahawa dirinya dihargai dan senang mendapat perhatian ketika itu.
3. Gunakan ruang sebijak mungkin : Seperti duduk/berdiri dgn kaki yg sedikit terbuka melambangkan anda seorang yg mempunyai keyakinan diri yg tggi dan mempamerkan bhawa anda sedang berada di dlm zon yg selesa ketika itu.
4. Relaks kan bahu anda : Jika anda rasa tertekan,redakan dengan menggerak-gerakkan sikit bahu dan kembali ke posisi yg asal.
5. Mengangguk sekali sekala : Ia menjelaskan yg kita memahami situasi/menjelaskan kpd mereka bahawa kita sedang mendengar tetapi jangan pula mengangguk seperti burung belatuk.
6. Jangan menggelongsor badan ketika duduk : Ia menampakkan sikap malas,tidak serius dan memandang orang di hadapan sambil lewa.
7. Boleh bersandar tetapi jangan banyak : Kalau anda sedang duduk dan ingin mempamerkan bahawa anda amat berminat dengan percakapan seseorang,anda boleh bersandar sedikit.
8. Bermanis muka,senyum dan ketawa : Jangan terlalu serius.Relaks,senyum dan ketawa la apabila mereka mnyentuh pekara-pekara yg lucu tetapi jangan mengada-ngada.Positif! Tetapi jangan menjadi orang yg pertama ketawa jika anda sendiri yg mengeluarkan cerita lucu!
9. Jangan mengusap muka : Perlakuan ini mempamerkan dalaman anda yg sedang gugup,serba salahh dan ketakutan.Ia akan menganggu perjalanann perbualan.
10. Jangan menunduk kepala : Jangan menunduk memandang lantai.Perlakuan ini akan mempamerkan anda adalah seorang yg tidak selamat,rendahh dan tiada keyakinan diri,penakut dan amat tidak berminat,bosan dan ambil mudah.
11. Jangan kaku : Jangan kelihatan risau dan kurang keyakinan diri.Jangan bergerak-gerak.
12. Gerak tangan biarlah yakin : Gunakan pegerakkan tangan anda dengan yakin untuk menjelaskan sesuatu.Tetapi jangan terlalu kerap.Kawal pegerakkan tangan anda dengan bijak.
13. Tegakkan tulang belikat : Jangan cepat sgt nk mencari dinding utk bersandar bila lama bercakap.
14. Jangan berdiri terlalu dekat : Berilah ruang kepada org yg bercakap.Biar dia berasa selesa.
Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang bahasa badan. Mana la tahu selepas ini kita boleh tahu serba sedikit tentang bahasa badan yg cuba disampaikan atau diselindungkan. :p Sudi2 la membaca.
Tuesday, April 5, 2011
memahami bahasa badan
Posted by hanadeana at 2:10 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Insya-Allah buku Seni Bahasa Badan akan terbit pada 21 April. :)
http://www.pts.com.my/index.php/buku/seni-bahasa-badan/
Post a Comment