BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 30, 2011

anorexia/bulimia !




anda rasa anda gemuk? tidak cantik dengan badan yang besar? dan anda perlu mengamalkan diet? apa itu diet bagi anda? adakah diet sebagai pengurangan jumlah pengambilan makanan untuk tujuan menurunkan berat badan? kenyataan itu adalah salah ! diet adalah penyusunan makanan yang betul dan seimbang yang perlu diselaraskan pengambilanya setiap hari. memang betul kita perlu kurangkan berat badan yang berlebihan untuk menghindari daripada penyakit tetapi betul ke cara yang anda buat tu? -_-


hati-hati ! jika anda berdiet dengan cara mengurangkan pengambilan makanan dan terpaksa menahan lapar, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada diri anda. pelakon filem ''Ally Mc Beal'', Callista Flockshart, melakukan diet yang MELAMPAU sehingga akhirnya menderita penyakit anorexia. Lady Diana yang langsing itu juga ternyata mengalami masalah makan, beliau dikatakan sering sahaja memuntahkan makananya sebaik habis menyatap  berbagai macam hidangan. masalah makan yang dialami oleh Lady Diana sebagai bulimia. apakah bulimia atau anorexia itu? dan kenapa seseorang boleh mengalami pekara-pekara tersebut?





ANOREXIA

gangguan makan yang umumnya dialami oleh golongan remaja perempuan adalah anorexia atau istilah perubatanya dikenali sebagai anorexia nervosa. anorexia adalah aktiviti untuk menguruskan badan dengan melakukan pembatasan makan secara sengaja dan melalui kawalan ketat.


penderita anorexia sedar bahawa mereka berasa lapar, namun takut untuk memenuhi keperluan makan mereka kerana boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada ketika mereka mengambil sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka akan segera merasa kenyang dan mual.


mereka terus melakukan diet bermati-matian untuk mendapatkan tubuh yang kurus. pada akhirnya keadaan ini bole menimbulkan kesan yang berbahaya, iaitu kematian si penderita. bayangkan saja kalau mereka terus menahan diri untuk tidak makan, dari mana mereka akan mendapatkan tenaga untuk terus hidup.




BULIMIA


jika penderita anorexia bermati-matian untuk menahan rasa lapar dan berusaha sedaya upaya mungkin untuk tidak mengambil makanan dalam jumlah yang besar sehingga boleh tahan hidup hanya dengan makan dua tiga suap nasi sahaja dalam sehari, maka tidak demikian halnya dengan bulimia. pada dasarnya, tujuan akhir daripada penderita bulimia dan anorexia adalah sama, iaitu ingin mempertahankan bentuk tubuhnya selangsing (sekurus) mungkin. namun cara mereka sahaja yang berbeza.


penderita bulimia cenderung mengambil makanan yang mereka sukai. mereka makan berlebihan untuk memuaskan keinginan mereka, namun kemudian mereka memuntahkannya kembali hingga tidak ada makanan yang tersisa. dengan demikian mereka terhindar menjadi gemuk. mereka tetap menjadi kurus tanpa perlu menahan keinginan mereka untuk makan.


dapat dibayangkan jika seseorang terus menerus memuntahkan makanan yang mereka makan, dari mana mereka akan mendapat kalori untuk melakukan aktiviti. tubuh pun menjadi lemah, sukar untuk berfikir dan akhirnya tidak ada lagi tenaga yang boleh digunakan untuk mempertahankan dirinya.



MENGAPA INI TERJADI?


ketika memasuki masa remaja, khususnya masa akil baligh. remaja menjadi sangat cerewet terhadap pertambahan berat badan mereka. terjadi perubahan fisiologi tubuh yang kadangkala menganggu fikiran mereka. biasanya, perkara ini lebih sering dialami oleh remaja perempuan daripada remaja lelaki. bagi remaja perempuan, mereka mengalami pertambahan jumlah jaringan lemak sehingga mereka mudah menjadi gemuk apabila makanan yang berkalori tinggi.


kalau dlu makan apa pun tidak memberi kesan kepada berat badan, tetapi setelah masa akil baligh, baru makan dua keping coklat, berat boleh bertambah 1 kg. kenyataanya, kebanyakan wanita ingin kelihatan lansing dan kurus kerana mereka beranggapan bahawa menjadi kurus akan membuatkan mereka bahagia,berjaya dan popular. apalagi kalau melihat BODY para selebriti yang langsing.


sementara kalau bertubuh gemuk, susah nak bergaya dan mencari pakaian. tambah-tambah lagi pakaian terkini yang kebayakannya bersaiz kecil dan sederhana. lingkungan persekitaran juga turut memperngaruhi. dengan terkanan yang dihadapi seperti sindiran atau ejekan, maka dietnya semakin hebat. maka tidak menghairankan apabila ketidakpuasan seseorang dengan bentuk tubuhnya akan menjadi masalah pada gangguan makanan.


ertinya, mereka sudah memiliki suatu MIND SET  bahawa tubuh mereka tidak ideal. mereka mempersepsikan tubuh mereka sebagai gemuk,banyak lemak di sana sini, tidak seksi dan lain-lain kesimpulannya tidak sedap mata memandang dan tidak semenarik tubuh orang lain.


akibat pemikiran yang sudah terpateri ini, seorang remaja akan selalu melihat tubuh mereka gemuk padahal kenyataan berat badan mereka semakin turun hingga akhirnya mereka menjadi sangat kurus. masalah ini akhirnya akan menyebabkan remaja tidak yakin pada diri sendiri dan sukar untuk menerima keadaan dirinya. mereka beranggapan bahawa kepercayaan diri akan tumbuh kalau mereka juga memiliki tubuh yang sempurna (kurus).




KESAN ANOREXIA/BULIMIA


penghidap anorexia dan bulimia boleh menurunkan berat badan antara 25-50 peratus daripada berat badan mereka. jika gangguan ini tidak segera ditangani, maka akan mendatangkan kesan serius baik secara fizikal mahupun psikologi, bahkan kes yang parah sehingga boleh menyebabkan kematian. kesan fizikal yang umumnya terjadi pada mereka adalah seperti :


1. kehilangan selera makan sehingga tidak mahu mengambil apa-apa pun makanan.
2. kehilangan selera makan dan infeksi saluran pencernaan akibat sering memuntahkan makanan.
3. lemah (tidak bertenaga).
4. sukar berkosentrasi.
5. gangguan menstrusi.
6. kematian.




kesan fizikal secara tidak lansung juga akan mempengaruhi keadaan psikologi sesorang, sehingga masalah psikologi yang muncul pada mereka dapat dikesan menerusi simptom seperti :


1. perasaan tidak berharga.
2. sensitif, mudah tersinggung, mudah marah.
3. mudah merasa bersalah.
4. kehilangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain.
5. kurang keyakinan diri.
6. cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya.
7. minta perhatian orang lain.
8. depresi (sedih terus menerus).


mereka memerlukan bantuan segera daripada pakar psikologi, doktor, pakar pemakanan dan ibu bapa untuk memulihakan masalah tersebut agar tidak membawa kesan yang lebih serius lagi iaitu kematian ! 


adakah anda ada simptom-simptom ini? jaga-jaga ! :p







0 comments: