BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 30, 2011

anorexia/bulimia !




anda rasa anda gemuk? tidak cantik dengan badan yang besar? dan anda perlu mengamalkan diet? apa itu diet bagi anda? adakah diet sebagai pengurangan jumlah pengambilan makanan untuk tujuan menurunkan berat badan? kenyataan itu adalah salah ! diet adalah penyusunan makanan yang betul dan seimbang yang perlu diselaraskan pengambilanya setiap hari. memang betul kita perlu kurangkan berat badan yang berlebihan untuk menghindari daripada penyakit tetapi betul ke cara yang anda buat tu? -_-


hati-hati ! jika anda berdiet dengan cara mengurangkan pengambilan makanan dan terpaksa menahan lapar, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada diri anda. pelakon filem ''Ally Mc Beal'', Callista Flockshart, melakukan diet yang MELAMPAU sehingga akhirnya menderita penyakit anorexia. Lady Diana yang langsing itu juga ternyata mengalami masalah makan, beliau dikatakan sering sahaja memuntahkan makananya sebaik habis menyatap  berbagai macam hidangan. masalah makan yang dialami oleh Lady Diana sebagai bulimia. apakah bulimia atau anorexia itu? dan kenapa seseorang boleh mengalami pekara-pekara tersebut?





ANOREXIA

gangguan makan yang umumnya dialami oleh golongan remaja perempuan adalah anorexia atau istilah perubatanya dikenali sebagai anorexia nervosa. anorexia adalah aktiviti untuk menguruskan badan dengan melakukan pembatasan makan secara sengaja dan melalui kawalan ketat.


penderita anorexia sedar bahawa mereka berasa lapar, namun takut untuk memenuhi keperluan makan mereka kerana boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada ketika mereka mengambil sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka akan segera merasa kenyang dan mual.


mereka terus melakukan diet bermati-matian untuk mendapatkan tubuh yang kurus. pada akhirnya keadaan ini bole menimbulkan kesan yang berbahaya, iaitu kematian si penderita. bayangkan saja kalau mereka terus menahan diri untuk tidak makan, dari mana mereka akan mendapatkan tenaga untuk terus hidup.




BULIMIA


jika penderita anorexia bermati-matian untuk menahan rasa lapar dan berusaha sedaya upaya mungkin untuk tidak mengambil makanan dalam jumlah yang besar sehingga boleh tahan hidup hanya dengan makan dua tiga suap nasi sahaja dalam sehari, maka tidak demikian halnya dengan bulimia. pada dasarnya, tujuan akhir daripada penderita bulimia dan anorexia adalah sama, iaitu ingin mempertahankan bentuk tubuhnya selangsing (sekurus) mungkin. namun cara mereka sahaja yang berbeza.


penderita bulimia cenderung mengambil makanan yang mereka sukai. mereka makan berlebihan untuk memuaskan keinginan mereka, namun kemudian mereka memuntahkannya kembali hingga tidak ada makanan yang tersisa. dengan demikian mereka terhindar menjadi gemuk. mereka tetap menjadi kurus tanpa perlu menahan keinginan mereka untuk makan.


dapat dibayangkan jika seseorang terus menerus memuntahkan makanan yang mereka makan, dari mana mereka akan mendapat kalori untuk melakukan aktiviti. tubuh pun menjadi lemah, sukar untuk berfikir dan akhirnya tidak ada lagi tenaga yang boleh digunakan untuk mempertahankan dirinya.



MENGAPA INI TERJADI?


ketika memasuki masa remaja, khususnya masa akil baligh. remaja menjadi sangat cerewet terhadap pertambahan berat badan mereka. terjadi perubahan fisiologi tubuh yang kadangkala menganggu fikiran mereka. biasanya, perkara ini lebih sering dialami oleh remaja perempuan daripada remaja lelaki. bagi remaja perempuan, mereka mengalami pertambahan jumlah jaringan lemak sehingga mereka mudah menjadi gemuk apabila makanan yang berkalori tinggi.


kalau dlu makan apa pun tidak memberi kesan kepada berat badan, tetapi setelah masa akil baligh, baru makan dua keping coklat, berat boleh bertambah 1 kg. kenyataanya, kebanyakan wanita ingin kelihatan lansing dan kurus kerana mereka beranggapan bahawa menjadi kurus akan membuatkan mereka bahagia,berjaya dan popular. apalagi kalau melihat BODY para selebriti yang langsing.


sementara kalau bertubuh gemuk, susah nak bergaya dan mencari pakaian. tambah-tambah lagi pakaian terkini yang kebayakannya bersaiz kecil dan sederhana. lingkungan persekitaran juga turut memperngaruhi. dengan terkanan yang dihadapi seperti sindiran atau ejekan, maka dietnya semakin hebat. maka tidak menghairankan apabila ketidakpuasan seseorang dengan bentuk tubuhnya akan menjadi masalah pada gangguan makanan.


ertinya, mereka sudah memiliki suatu MIND SET  bahawa tubuh mereka tidak ideal. mereka mempersepsikan tubuh mereka sebagai gemuk,banyak lemak di sana sini, tidak seksi dan lain-lain kesimpulannya tidak sedap mata memandang dan tidak semenarik tubuh orang lain.


akibat pemikiran yang sudah terpateri ini, seorang remaja akan selalu melihat tubuh mereka gemuk padahal kenyataan berat badan mereka semakin turun hingga akhirnya mereka menjadi sangat kurus. masalah ini akhirnya akan menyebabkan remaja tidak yakin pada diri sendiri dan sukar untuk menerima keadaan dirinya. mereka beranggapan bahawa kepercayaan diri akan tumbuh kalau mereka juga memiliki tubuh yang sempurna (kurus).




KESAN ANOREXIA/BULIMIA


penghidap anorexia dan bulimia boleh menurunkan berat badan antara 25-50 peratus daripada berat badan mereka. jika gangguan ini tidak segera ditangani, maka akan mendatangkan kesan serius baik secara fizikal mahupun psikologi, bahkan kes yang parah sehingga boleh menyebabkan kematian. kesan fizikal yang umumnya terjadi pada mereka adalah seperti :


1. kehilangan selera makan sehingga tidak mahu mengambil apa-apa pun makanan.
2. kehilangan selera makan dan infeksi saluran pencernaan akibat sering memuntahkan makanan.
3. lemah (tidak bertenaga).
4. sukar berkosentrasi.
5. gangguan menstrusi.
6. kematian.




kesan fizikal secara tidak lansung juga akan mempengaruhi keadaan psikologi sesorang, sehingga masalah psikologi yang muncul pada mereka dapat dikesan menerusi simptom seperti :


1. perasaan tidak berharga.
2. sensitif, mudah tersinggung, mudah marah.
3. mudah merasa bersalah.
4. kehilangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain.
5. kurang keyakinan diri.
6. cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya.
7. minta perhatian orang lain.
8. depresi (sedih terus menerus).


mereka memerlukan bantuan segera daripada pakar psikologi, doktor, pakar pemakanan dan ibu bapa untuk memulihakan masalah tersebut agar tidak membawa kesan yang lebih serius lagi iaitu kematian ! 


adakah anda ada simptom-simptom ini? jaga-jaga ! :p







Tuesday, April 26, 2011

SOYA : Tidak Baik Untuk Kesihatan.Kenapa?

Semua mesti pernah minum soya, bukan?Soya memang sedap untuk di minum.Tambah-tambah time panas terik+haus,dapat pula minum soya sejuk. Tentu sedap kan.
Soya ni sebenarnya membahayakan kesihatan tubuh, lelaki dan perempuan.
Atau lebih tepat, kesuburan.
Katanya minum soya boleh melemahkan kesuburan dan tenaga?
Betul ke?

Meh kita kaji sama-sama.

Sifat-sifat negatif soya :
1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus.
Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.


2.  Mengandungi hemaglutinin.
    Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri.
    (Siapa budak biologi? Sila komen sikit pasal benda ni)

3.  Mengandungi goitrogen.
    Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.
    Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia.
    Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. 
    Maklumat lanjut, sila terjah laman web sini


4. Kebanyakan soya adalah genetically modified.
    Tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz tumbesaran sel, tisu badan dan macam-macamlah.
    Tapi malangnya, kandungan racun perosak yang tinggi memusnahkan khasiatnya semulajadinya secara perlahan-lahan.


5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh.
    Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak.  
    Akibatnya: kembung perut, kekurangan asid amino, kerosakan pankreas.
    Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya.
    Sesetengah pengeluar hasil soya, diorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium to make sure antizat tersebut hilang.

6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan.
Ia menyebabkan amnesia atau bahasa mudahnya NYANYUK, tahu nyanyuk?
   

Untuk pengetahuan, para kafir agen Dajjal ini jugalah yang mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar dunia)

Namun realitinya, soya dapat:
·melemahkan kejantanan lelaki
·  mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan
·  meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan kandungan estrogen wanita.
·  ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk badan kita terjejas.

Bagaimana pula dengan Tempe dan Kicap Soya?
Bukan ke diaorang pun diperbuat dari soya jugak?

Tempe dan Kicap Soya adalah baik untuk kesihatan.
Kenapa?
Sebab tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian.
Soya ni cuma tidak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially)
-no more soya bean please-



Tuesday, April 5, 2011

memahami bahasa badan

Apa itu bahasa badan?

93% daripada mesej yg cuba disampaikan dalam komunikasi adalah bukan verbal.Banyak kata-kata yang selalu diucapkan orang selalu tidak mengambarkan apa yg ada di dalam hatinya.
kajian daripada Albert Mehrabian,apabila berlaku komunikasi 60%-70% yg terlihat ialah terhasil daripasa bahasa badan dan ia amat mempengaruhi kehidupan manusia dan merangkumi semua peringkat lapisan.Bahasa badan boleh menjelaskan sesuatu aksi atau mengisyaratkan sesuatu makna atau pertunjuk kepada lawanya.Bahasa badan boleh menterjemahkan sikap seseorang sewaktu berkomunikasi sama ada seseorang itu di dalam mood yg bagus,agresif,memerlukan perhatian daripada seseorang,relaks,bersedia,bosan,memahami arahan dan sebagainya.Bahasa badan boleh membantu utk mempengaruhi orang lain supaya mempercayai kita! Menguasai dan memeiliki kemahiran bahasa badan dapat membantu seseorang melakukan perubahan besar dalam aktiviti,terutamanya dalam bidang seni.

Tapi ingat! Bahasa badan boleh menjadikan seseorang itu seorang pelakon tidak popular dan kita mungkin menjadi seorang yg suka berpura-pura! Antaranya : 


1. Berpeluk tubuh/menyilangkan kaki ketika bercakap : Perlakuan ini boleh mnyebabkan kita dianggap seorang yg sombong,keras hati,tidak boleh diajak berunding,defensif/berfikiran tertutup.

2. Bertentang mata dan bukanya merenung : Ketika berkomunikasi biar mata bertemu mata dan bermuka manis kerana mata adalah alat komunikasi yg sangat penting.Mereka yg bertentang mata ketika bercakap akan mewujudkan satu perhubungan dan rasa yang tenang dgn situasi waktu itu.Orang yg berhadapan dengan kita akan dapat merasai bahawa dirinya dihargai dan senang mendapat perhatian ketika itu.

3. Gunakan ruang sebijak mungkin : Seperti duduk/berdiri dgn kaki yg sedikit terbuka melambangkan anda seorang yg mempunyai keyakinan diri yg tggi dan mempamerkan bhawa anda sedang berada di dlm zon yg selesa ketika itu.

4. Relaks kan bahu anda : Jika anda rasa tertekan,redakan dengan menggerak-gerakkan sikit bahu dan kembali ke posisi yg asal.

5. Mengangguk sekali sekala : Ia menjelaskan yg kita memahami situasi/menjelaskan kpd mereka bahawa kita sedang mendengar tetapi jangan pula mengangguk seperti burung belatuk.

6. Jangan menggelongsor badan ketika duduk : Ia menampakkan sikap malas,tidak serius dan memandang orang di hadapan sambil lewa.

7. Boleh bersandar tetapi jangan banyak : Kalau anda sedang duduk dan ingin mempamerkan bahawa anda amat berminat dengan percakapan seseorang,anda boleh bersandar sedikit.

8. Bermanis muka,senyum dan ketawa : Jangan terlalu serius.Relaks,senyum dan ketawa la apabila mereka mnyentuh pekara-pekara yg lucu tetapi jangan mengada-ngada.Positif! Tetapi jangan menjadi orang yg pertama ketawa jika anda sendiri yg  mengeluarkan cerita lucu!

9. Jangan mengusap muka : Perlakuan ini mempamerkan dalaman anda yg sedang gugup,serba salahh dan ketakutan.Ia akan menganggu perjalanann perbualan.

10. Jangan menunduk kepala : Jangan menunduk memandang lantai.Perlakuan ini akan mempamerkan anda adalah seorang yg tidak selamat,rendahh dan tiada keyakinan diri,penakut dan amat tidak berminat,bosan dan ambil mudah.

11. Jangan kaku : Jangan kelihatan risau dan kurang keyakinan diri.Jangan bergerak-gerak.

12. Gerak tangan biarlah yakin : Gunakan pegerakkan tangan anda dengan yakin untuk menjelaskan sesuatu.Tetapi jangan terlalu kerap.Kawal pegerakkan tangan anda dengan bijak.

13. Tegakkan tulang belikat : Jangan cepat sgt nk mencari dinding utk bersandar bila lama bercakap.

14. Jangan berdiri terlalu dekat : Berilah ruang kepada org yg bercakap.Biar dia berasa selesa.

Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang bahasa badan. Mana la tahu selepas ini kita boleh tahu serba sedikit tentang bahasa badan yg cuba disampaikan atau diselindungkan. :p Sudi2 la membaca.

Thursday, March 24, 2011

10 Kebaikan Coke...Cubalah! !!

Cubalah try dan buktikan secara saintifik.

satu_duo menulis - " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA danBritain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat..

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh!
Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama.. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak... Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya.. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

                      

Sunday, March 6, 2011

The Arrivals Part 10 (Pemerintahan Dunia Baru)

The Arrivals Part 03 (Penguasaan Minda Kanak-Kanak)

The Arrivals Part 00 (Intro)

wo ai ni

http://www.youtube.com/watch?v=rSYavXbkKI0


lagu khas utk org yg tersayang. love this song.